HOME ABOUT TUTORIAL FREEBIES REVIEW BANNER TEMPAHAN

Friday, 30 December 2011

Lagu Lame-Lame Jelah :D



updated!


hello geng2 blogger!
HAA!
jum story mory sikit :D
tadi,semasa aku bermesra2 dgn berblogwalking bersama teman2 blogger
tetibe...
terdengarlah satu lagu yang lama giler aku tak dengar
kira lagu favourite aku ni ha! :D 
dulu lagu tu tersenarai dalam top 10 dalam carta lagu favourite aku je lah
hahaha pape pun best dengar lagu tu
layan
layan
layan
but !
kepada sape2 yang tak suke tangkap leleh tak payah layan pun tak ape :D
ok tanpa membuang masa/tenaga/waktujum dengar same-same :D






Thursday, 15 December 2011

GILER KARIPAP


!! sedap giler !!

!! sedap giler !!

!! sedap giler !!




baru semalam makan karipap...karipap ni yang sedap adalah inti dia je...kalau inti tak sedap+atau inti tak cukup...maka dengan itu, tak sedap lah karipapnye...kalau makan karipap suka bukak isi dia..tapi tak selalu lah buat cam tu...pastu letak tepi..makan kulit je dulu...dah habis kulit baru makan inti...nyum2...sedap giler...
aku memang admire giler dengan karipap ni..kalau boleh makan hari2 pun tak pe...
pasni aku nak try buat karipap sendiri la...karipap yang paling besar dan sedap...orang kata kalau dah suka buat lah kan..mana tau boleh edit2 resepi...hehehe... ^^,

Friday, 11 November 2011

SOH SEH





One True Love

Ari ni sudah habis tengok cerita ONE TRUE LOVE.
Movie dari the Philippines.
Lakonan DingDong Dantes dengan kekasih hati, Marian Rivera plus Si Ayu Jelita, Iza Calzado.
Layan jugak walaupun tak ada subtitle.

                                                                     


Meyh, kasi story-mory sikit.
Cerita pasal Migs seorang doktor yang kahwin dengan seorang jururawat iaitu Joy yang dilakonkan oleh Marian.
Migs tuh of course lah DingDong kan.
Beberapa hari sebelum perkahwinan Migs dengan Joy, first love Migs, Bella lakonan Iza Calzado kembali untuk merebut cinta Migs kembali tapi apa nak buat Migs anggap Bella macam kawan saja ye.
So, dia pun kahwin jelah dengan Joy.
Migs accident dan hilang ingatan.
Dia lupa yang Joy tuh isteri dia dan dia tak kenal langsung siapa Joy tapi dia masih ingat lagi semua-semua pasal hidup dia kecuali Joy.
So, dia anggap Bella masih lagi kekasih dia.
Bermulalah konflik disitu.

Huwey, tak boleh tahan sebab Migs accident sehari selepas perkahwinan dia dengan Joy.
Sedih je tengok Joy fight demi cinta dia dengan Migs.
Dia hampir putus asa tapi ada sesuatu yang menyebabkan dia fight balik untuk cinta dia dengan Migs.
Migs nih sengal.Boleh pulak dia tinggalkan Joy lepas tuh duduk dengan Bella.
Orang amnesia kan, nak marah pun bukan salah dia pun. Dia tak ingat je.
Bella nih agak ego jugak tapi nasib baik dia sedar last-last yang cinta Migs hanya untuk Joy walaupun Migs tak ingat apa-apa dah pasal Joy.
Mind dia tak ingat Joy tapi hati dia tetap ingat Joy.

So, the ending is...dah boleh agak dah kan...
Haruslah happy ending tak lain dan tak bukan.



    *Lepas nih nak tengok You're My 
          Everything pulak.

ALERT






Baca nie kat facebook.
 Tentu ramai da tahu & tentu ada yang tak tahu kan?


Adakah anda keseorangan atau berteman ketika di bilik persalinan ataupun di dalam bilik HOTEL atau pon dimana-mana sahaja anda berada.Adakah anda merasa selamat untuk bebas bergerak tanpa risau atau ragu-ragu dengan berfikir samada adakah orang sedang memerharikan kita? Jadi,teruskan pembacaan anda kerana ianya amat berguna. 

Berhati-hatilah khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.
Terfikir tak? dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian ada seseorang yang lain khuyuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! jadi haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia…huhuhu ini lagi haru.

Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan itu adalah cermin biasa ataupun cermin dua arah

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri 

Cermin dua arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka. 

Lihat gambar di bawah untuk mendapatkan perbezaan antara cermin biasa atau cermin dua arah

2 halaIni CERMIN DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya, maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.


cermin betolIni pula adalah CERMIN YANG SEBENAR. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

SORRY





MAAP.MAAP.MAAP

Huwey! Mungkin agak advanceee disini, tapi mana tau esok tak sempat, jadi kita ucap la siap siap. Segala salah silap terkasar bahasa, bohong la kalau tak ada.
Jadi, tangan dihulur, ampun maaf dipinta.Peace yo! :)

MEROSOT


SUDAH JANGAN BERANGAN LAGI SEBAB TIDAK ADA SAPA YANG AKAN DAPAT PHONE BARU ATAU APA DAH. SEBAB KEGAWATAN EKONOMI NEGARA YANG TAK MACAM NEGARA ORANG LAIN, HAHA!

HUWEY, CUKUP DRAMA TAK? -.-
SUARA TAYLOR SWIFT MEMANG BUAT AIR MATA AKU NAK BERDERAI
Padahal aku tau, bukan sebab ni aku menangis, jauh dari dalam sudut hati aku ada something. -.-



Thursday, 10 November 2011



pukul dua kot !

huhu kenapa lah mata tak mengantuk . eerrr ! jelez tengok semua dah tidur dengan nyenyak siap dengkur lagi . ISH . ISH . ISH . tak kan nak kena kira biri-biri kot huhu . baru nak tidur . :(




Saturday, 22 October 2011

SHARE..



Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.


Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?


Kepercayaan sekadar satu panduan


Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.


Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung


Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung - Tengah


Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.


Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.


Tengah - Bongsu


Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Friday, 21 October 2011

ELMO


ELMO FEVER'S :p

Tuesday, 18 October 2011

ZAMAN KANAK-KANAK

Aku suka tengok kartun mase aku kecil-kecil dulu dan aku masih ingat lagi kartun ape yang aku suka tengok . Sampai sekarang aku masih layan kartun-kartun ni . Tapi dah berubah sikit , sekarang aku lebih kepada anime . (o___o)


Bawah ni aku listkan kartun yang aku suka dan mungkin korang pun suka tengok dulu.
                                                                                                                                                                                     


         
Sailormon – Cite ni aku tengok mase aku darjah 3 , aku beruntung sebab mase tu aku sekolah petang . Bolehlaa aku tengok sepuas-puasnya tapi selepas siap keje skolah la .. hehehe . Ungkapan paling femes dalam cite Sailormoon ialah “Dengan kuasa bulan, akan menghukummu” :p










Dragon Ball – Selepas habis kartun Sailormoon , TV2 tayang kartun Dragon Ball pula , mase tetap same setiap hari sabtu dan ahad pukul 9.30 pagi . abang aku pun layan kartun ni , besarnya pengaruh Dragon Ball kan ? Sampai je kat sekolah mesti cite kat kawan-kawan , seronok betul zaman kecil ! =)






Power Rangers – Jangan sangka aku perempuan , tak suke tengok Power Ranger . Aku suke Power Rangers (n___n) . Aku selalu berebut dengan adik-adik aku pasal Power Rangers . Aku suka dengar lagu pembukaan Power Rangers “Go Go Power Rangers” . Aku hanya tengok Power Rangers siri nie je Power Rangers Mighty Morphin, Ninja Rangers, Power Rangers in Space dan Power Rangers Lost Galaxy . Selepas tuu aku stop tengok Power Rangers sebab dah tak best =(






Doraemon – Aku tengok Doraemon mase umur aku 5/6 tahun . Mase tu aku dan kakak aku yang selalu tengok , dahlah Doraemon nie ditayang mase tengah maghrib . Selalu kene bebel dengan mak .. hehehe . Aku suke tengok kocek ajaib Doraemon dan ketakutannya terhadap tikus . Fobia gile dengan tikus ! Adik Doraemon pun comel ..






Ultraman - Kartun Ultraman dari zaman kakak aku 80-an sampai laa sekarang . Besar sungguh keluarga Ultraman ni kan ? Ultraman yang aku tengok mase kecil dulu ialah Ultraman Taro dan Ultraman Seven . Sekarang dah tak minat sebab bila tengok balik tak ade fun pun maybe sebab aku dah besar atau kartun tu nampak tak logik .. hahaha






Soreike! Anpanman - Sape pernah tengok kartun ni ? Kartun ni besenye ade kat TV2 . Aku dah tak ingat kartun ni ditayang pukul berapa tapi aku selalu menghadap tv semata-mata nak tengok kartun ni . Kartun ni kelakar sebab bile kepala Anpanman kotor atau terkena air , ayah angkat Anpanman akan buatkan kepala baru untuknya . Kepala Anpanman diperbuat daripada roti dan ade inti kacang hitam dalamnya . Lawakkan ? :D






Care bears – Kartun bears nie semuanye cute-cute , suke sangat ! Aku tak berapa ingat jalan citenye tapi yang aku ingat bear-bear ni semuanya tinggal atas awan . Bestnye tinggal atas awan =) Tak basah ke ? hahaha






Tomatoman - Opening lagu best !! tomato tomadou tomatomato ~ Aku ingat lagi yang aku ade gaun corak tomato yang aku pakai sambil tengok kartun Tomatoman (lawak) . Kartun nie ditayang pada pukul 4.30 petang kat TV2 . hehehe :D








Usop sontorian - Kartun Malaysia pun aku tengok jgk . Kartun ni ade kenangan manis dengan kawan-kawan sekolah . Watak utama kartun ni kan name Usop,then suke ejek kawan dengan panggil usop sontorian hahaha. Nakal jugak aku zaman kecil ye . Sekarang dah lost kontek dengan dye … sedihnya !






Keluang Man – Kartun nie pun best gak . Dulu mase kecil aku tak berapa faham kartun nie sebab cane orang gila boleh jadi hero ? Macam tak logik jea .. hehehe . Sekarang bile aku tengok balik , aku dah faham
Banyak lagi kartun yang aku tengok mase kecil-kecil dulu macam Ninja Turtles , Popeye dan macam-macam lagi . Dalam rancangan Kelab Disney Malaysia pun banyak kartun kan ? hahaha :D

LOVE



Pepatah yang selalu kita dengar, seseorang itu akan belajar menghargai hanya bila dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Kenapa macam tu ye? Walaupun pepatah ni dah lama tapi sampai sekarang masih dengar banyak cerita yang serupa. Bercakap soal perasaan, takkan ada siapa pun akan menemukan jawapan yang selayaknya kita mahukan. Kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan lalai walaupun berhadapan dengan satu satunya insan yang paling kita tak dapat hidup tanpanya ketika ini.

Bila kita kehilangan, baru kita akan tahu erti cinta yang sebenarnya. Kita mungkin boleh ego depan dunia, tapi kita akan kalah saat kita berseorangan dalam sunyi. Mengaku je lah. Takkan ada manusia yang mampu melawan kuatnya rasa hati yang sedang mencintai. Kerana cinta adalah anugerah teragung yang Allah berikan supaya kita padamkan perasaan benci dan kekejaman dalam hati kita. Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.

Sakitnya kehilangan, sesiapa pun takkan mengerti melainkan kita sendiri, jadi jagalah si dia dengan sepenuh daya kita. Dia mungkin akan bersabar dan menurut semua karenah kita, dia mungkin akan bertahan kerana dia mencintai kita, tapi bila kesabarannya dah habis? Bila dia dah tak dapat bertahan lagi? Satu satunya cara untuk kita terus memiliki dia adalah kita berikan cinta untuknya sepenuh hati, bukan berbelah bagi. =)





Sunday, 16 October 2011

MY HAMSTER=SUPERCUTE


Memang best bila kau penat-penat baru balik rumah or masa tengah mereng2 tak cukup tidur sebab tak bole tido sampai lewat malam dan terpandangkan dia, rasa tenang hati ni.

Mula-mula rasa serba salah nak bela hamster sebab my mum tak bagi. Tapi bila sampai satu masa, saya rasa sangat tertekan dan tak tahu apa yang saya perlu lakukan untuk distract diri sendiri daripada terus fikirkan masalah, akhirnya saya beli hamster ni.

Dan hari ni, saya sangat happy, tengok Supercute pun saya gelak walaupun tengah ada prob. Tengok dia makan pun gelak lagi. Tengok dia tidur pun gelak jugak. Sebab comel sangat tapi bila dah masuk waktu malam, supercute sangat aktif berlari sana sini, gigit-gigit besi sangkar dan memang kecoh la dia ni!
Bila saya bangun pagi, dapat tengok Supercute tekun duduk makan kuaci ouh she made my whole day!
Semalam saya beli buah apple untuk Supercute, seriously, dia sangat suka makan apple tahu? Lepas ni nak belikan broccoli pulak, Supercute the happy hamster!

Ok sekarang nak share tips jaga hamster. Yeay!
First thing, kalau nak beli hamster, seeloknya beli masa hamster tu baru berusia 4 - 7 minggu so nanti senang nak jinakkan dia.
Biarkan hamster yang baru dibeli tu dalam sangkar dia untuk beberapa hari supaya dia dapat suaikan diri dengan habitat baru tu..
Bagi nama yang comel-comel kat hamster tu *contoh, Supercute. hihi!* dan panggil nama dia masa nak beri makanan. Lama-kelamaan hamster anda akan beri respon bila anda panggil nama dia.

Cuci tangan sebelum pegang hamster sebab walaupun ada sikit je bau makanan kat tangan, hamster akan gigit tangan anda sebab dia sangka tangan anda adalah makanan.
Beri makanan secukupnya. Hamster suka makan kuaci, sayur hijau, buah *especially apple*, carrot, cacing, cengkerik dan JANGAN bagi dia makan coklat, gula-gula, kentang, buah tembikai, bawang dan apa-apa jelah yang boleh buat hamster sakit.
   
                                                                         


Thursday, 13 October 2011

CERITA LUCU HARI GURU



Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

Monday, 10 October 2011

SENYUM LAH... :)


Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir ke arah samping dan menampakkan gigi. But, kadang tersenyum saat-saat tertentu sangatlah susah kan?. If kita tidak “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tingkat stres dan daya tarik kita. Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda.So,klau nak muda. Senyum lah selalu. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan, di antaranya iaitu :)




  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum mempunyai daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh  dari kita , tetapi sebaliknya senyum bley membuat mereka tertarik.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Maybe mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang,gembira n etc. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  4. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang penat atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  7. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang beza, jadi berikan senyum anda sepanjang hari, so anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.
  8. Senyum membuat anda nampak sukses. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.
  9. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum.  Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan  ke tubuh anda bahwa “hidup anda saat ini baik je”. #LAPORAN KESIHATAN. 
klau blbihn nnt org anggap anda kurang waras pulak kn. Satu  lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai sedekah.Sudahkah anda tersenyum hari ini? ALWAYS SMILE!! :) 

Wednesday, 5 October 2011

CABAR DIRI KITA UTK BERJAYA! :)


1. Letakkan Sasaran Yg Tinggi

Apabila 1 matlamat dicapai teruslah tetapkan matlamat baru yg lbh tinggi lg ok. Cth, dulu sebagai seorg pelajar kita sering dpt nombor yg plg rendah dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dlm 10 pelajar terbaik. Cabar diri kita utk berusaha bersungguh-2 utk mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya ,so mula letakkan sasaran baru utk jd pelajar nombor 1 pula. :)




2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain


Cube tgok mereka yg lbh berjaya dr kita. Kalau org lain boleh kita juga boleh. Untuk memajukan dri kita,kita mesti cemburu dgn kejayaan org lain n cabar diri kita utk berusaha lbh dari org lain. Kalau kita tak tahu mcm mne nak melakukannya so belajarlh dari mereka yg telah berjaya. Buka mulut n mst bertanya. Jgn sekadar berdiam diri kerana tak ade ape pn yang berlaku kalau kita tidak bertindak. :)





3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati


Act,Sikap cpt berpuashati ni adlh mcm smthg yg dkatakn penyakit yg bleh menghalang diri kita utk terus berjaya. Sikap puashati bley membuatkan kita berhenti utk berusaha n mencipta kejayaan yg lebih besar lagi.sepatutnye kita perlu ambil cnth kat org yg lbh berjaya. Kenapa sering membandingkan diri dgn org yg lemah n kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya.OK! Jadi, tak perlu lagi berpuashati dgn pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya kita pasti bley pergi lebih jauh lagi. insya-Allah. :)




4. Soal Diri Dgn Soalan Positif

Kalau nk berjaya, soal diri dgn soalan-soalan yg positif. Contoh, soalan-2 seperti ini hanya membawa diri kita utk merasa lemah n jatuh:Kenapalh aku gagal? =,=Kenapalh orang semua tak suka aku? =,=Apalh nak jadi dengan aku ni? =,=Sebaliknya kita mest tanya : Apa kelebihan aku? :)Macam mana nk majukan diri aku ni? :)So,kesimpulannya,kita semua boleh berjaya dengan mencabar diri sendiri tp mencabar benda yg elok. OK! n yg paling pnting utk mse dpn kita. Kalau org lain boleh berjaya kita juga boleh berjaya. insya-Allah. :)