
Semua wanita berkeinginan untuk menjadi wanita solehah begitu juga kepada lelaki. Lelaki pun menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Saya ingin berkongsi serba sedikit tips atau ciri-ciri yang boleh jadikan amalan untuk menjadi wanita solehah. Sama-sama kita mengikutinya akey ! :)
Antara Amalan menjadi wanita solehah ialah:
1. Mendirikan solat.
Semua manusia di bumi Allah yang sudah mencapai umur baligh mesti/diwajibkan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Solatlah dengan rajin dan tidak lupa juga menunaikan solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya,akey ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya!
3. Bersyukur dan redha.
Setiap mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah mesti nak mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir.
4. Selalu bersedekah.
Murah hati itu ialah sifat yang mulia. Kehidupan seseorang akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara islam. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda !
5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul.
6. Takut akan murka Allah SWT.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya. Walaupun Allah SWT tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah SWT itu Maha Melihat semua perbuatan Hamba-Nya.
7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga.
8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Al- Quran dan sering menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Al-Quran ibarat seperti sebuah kubur!
Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yang bercita-cita menjadi WANITA SOLEHAH. Akey ! Jadi marilah kita bersama-sama mengikuti amalan-amalan di atas. Insya-Allah.
''Dunia ialah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan ialah WANITA SOLEHAH. WANITA SOLEHAH itu adalah BIDADARI SYURGA.''
--> Sumber : Aurat Mahkota Wanita.








