
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
Sunday, 22 April 2012
8 Tips mengelakkan penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Bawah ni adalah 8 tips untuk elakkan penangguhan. So, jum kita baca akeyh !
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
Sumber : iluvislam
Saturday, 21 April 2012
Friday, 20 April 2012
Tips penjagaan rambut.

Salam semua! Kebetulan saya ade terbace 2 petua untuk mencantikkan rambut..
So, apa tunggu lagi.. Selamat mencuba akeyh! :)
1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
- Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
- Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
- Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Tips Solat

Untuk mendapatkan kekhusyukkan dalam solat, must create :
Awareness : Mengetahui keperluan solat.
Understanding : Memahami bacaannya.
Reverance : Menghayati setiap gerakan.
Awe : Memuji kebesaran Allah.
Hope : Mengaharap keampunan Allah dan diterima solat kita.
Humility : Mengetahui kesilapan diri [DOSA].
Monday, 16 April 2012
Tips bulu mata lebih lentik

Salam dan selamat malam semua.
Hari ni wawa nak share sikit tips bulu mata lebih lentik.
Tapi, tips ni sesuai untuk orang perempuan saje.
Kalau lelaki nak ikut jugak. NO KOMEN. HAHA.
Akey !Jum kita ikuti tips di bawah ni.
Maskara adalah salah satu cara untuk membuat bulu mata mereka kelihatan lebih panjang dan lentik. Namun, tak semua maskara dpt membuat bulu mata anda kelihatan indah. Anda perlu memilih maskara yg tepat. Uji beberapa produk maskara terlebih dahulu sebelum membeli. Untuk mendapatkan hasil yg optimum, tentu saja anda harus menggunakannya dgn tepat. Terdapat beberapa teknik menyapu maskara agar hasilnya maksimal. Sebaiknya, mulai dengan memakai bedak, pembayang mata sebelum anda merias bulu mata anda.
>> Gunakan penyepit bulu mata sebelum sebelum menyapu maskara untuk membantu menjadikan bulu mata lebih lentik dan panjang. Setelah menggunakan penyepit bulu mata, langkah selanjutnya adalah mengambil cairan maskara dan aplikasikan pada mata bermula dari hujung atas hingga bawah. Pastikan bulu mata tidak bergumpal satu sama lain.
>> Kebanyakan wanita hanya mengunakan jarum untuk memisahkan bulu mata mereka, tetapi hal ini harus dilakaukan dengan sangat berhati-hati. Selain itu, hindari menyapu berulang kali.
>> Mengerdipkan mata sewaktu menyapu maskara adalah cara terbaik untuk menyapu lebih banyak maskara.
>> Bagi anda yang memiliki bulu mata pendek, apa kata gunakan bulu mata palsu untuk memperindahkan bulu mata anda. Pilihlah produk bulu mata palsu yang baik dan bersesuaian.
Akey! bagi perempuan yang nak kan bulu mata lebih cantik. Jum kita ikutti tips ni akey !
Sekian. ^^,
Sumber : Wanita.
Sunday, 15 April 2012
Tips kawal nafsu makan

Salam and selamat malam semua !
Malam ni wawa nak share sikit tips kawal nafsu makan.
Tertiba terpikir nak buat tips ni.
Pada sape yang duk rumah tu mesti kerja nak makan je.
Yelah, masing2 ada tukang masak terhebat kat rumah kan.
Hehe. Makan, makan jugak. Tapi kita kenalah kawal pemakanan kita untuk elakkan sebarang penyakit. Yelah, muda2 lagi dah ada kencing manis,darah tinggi, obes dll.
So, Semua tu boleh kawal.
Nak tahu caranya?
Jum kita terjah ! :D
1. Makan setiap 3-4 jam!
Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora.
2. Minum air sepanjang hari.
Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori – jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda!
3. Senaman memang berkesan.
Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape.
4. Adakah anda stress?
Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My adice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress …jangan layan!
5. Elakkan gula substitute.
Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati.
6. Adakah anda bosan?
Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah … sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!
7. Adalah anda cukup tidur?
Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.
8. Buah Epal.
Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buah-buahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.
9. Kosongkan peti sejuk.
Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang “baik” untuk anda.
10. Tunggu!
Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan bereder. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari.
Akey. Ni 10 tips kawal nafsu makan. Da baca ? Kalau dah baca. Jum lah sama-sama kita kawal nafsu makan kita.
Sekian ^^,
Credit : kevinzahri.
Freebies header tulisan

Salam semua dan selamat sejahtera bagi yg non muslim.
Akey. Kali ni wawa nak bagi freebies header tulisan.
Hope u all like it akey !
Akey ! kalau nak ambil. Just right klik kat gambar, pastu open new tab akey !
Sekian ^^,
Saturday, 14 April 2012
5 perkara perlu dielakkan ketika kemas rumah

Salam and Hai semua !
Kali ni wawa nak kongsi tips pulak. Tips apa?
Jum kita terjah !
Dibawah ni ada beberapa pkara yg perlu korang sume perlu elakkan ketika menghias rumah.
Antaranya ialah.. Jeng3 !
1. Buat pilihan sendiri.
Rumah adalah ruang peribadi. So, elakkan org lain yg tentukan apa yg patut korang lakukan kat uma korang sendiri. Ewah, cam uma diorang pulak !
2. Elak mengecat dulu.
Sebaiknya buat lah pilihan fabrik, permaidani, sarung kusyen dll terlebih dulu sblum nak pikir warna cat, baru ia kelihatan lebih senada. Contoh, macam nak samakan warna cat and barang2 perabot korang. Baru nak smart !
3. Jangan pilih cat dari kertas contoh.
Korang perlu beli satu tin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Try lah dulu. Cat sikit kat sebahagian dinding rumah. Kemudian acukan pada dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran rumah korang. Kalau sesuai baru beli yang besor !
4. Jangan pilih warna dalam kedai.
Korang mesti elakkan beli fabrik, cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saje contoh warna cat atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dlm cahaya semula jd, takut nanti x sesuai dengan keadaan rumah korang.
5.Elak dekorasi 'paksa'.
Jangan 'paksa' menyatukan perhiasan. Disebabkan korang mempunyai sofa merah, tak bermakna langsir pun nak merah jugak kan. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasanutama dalam ruang itu.
Akey ! Da bace 5 perkara perlu dielakkan ketika menghias rumah? Senang je kan. Sesuai untuk korang yang baru pindah rumah or etc. Buat pilihan yang tepat akey.
Sekian. ^^,
Cara simple masukkan lagu dalam blog

Salam semua !
Kali ni wawa nak buat tutor letak lagu dalam blog yang paling ringkas, cepat, dan mudah untuk korang..
Akey.. Jum kita terjah!
1. Korang pergi dekat link ini dulu [DISINI]
2. Pastu,korang pilihlah lagu yang korang suke akey! Lihat sebelah kanan. Contoh macam gambar di bawah ni.
3. Korang hanya perlu tekan lagu Malaysia atau Barat. Ikut kesukaan korang lah akey !
4. Then, lepas korang tekan. Akan kuar macam ni.
5. Korang cari lah nama artis and lagu mengikut abjad kat kotak tu.
6. Last sekali, korang kena copy kod yang dia bagi kat tengah2 halaman tu.
Contoh cam ni.
7. Korang copy kod tu.
8. Log in > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
9. Paste kod korang tadi di ruangan html tu akey !
10. Da siap! SAVE .
Hoorey ! Simple kan.. Apa lagi jum lah try..
Sesuai untuk blogger baru yang pening nak masukkan lagu dalam blog.
Sekian. ^^,
Cara nak encode html

Salam semua.. Korang tahu tak encode html tu apa?
Bagi sapa yang tahu..Baguslah !
Tapi tutor ni bagi yang tak tahu lagi okey!
Biasanya encode html ni untuk masuk html code dalam post..
Then,bile publish je tak ada kuar kan ?
So, ini penyelesaian..
Jum kita try !
1. Korang mesti pergi [sini] dulu.
2. Korang kena copy apa-apa kod HTML yang kita nak letak dalam post kita nanti, dekat dalam kotak tu.Jum tengok contoh ni.
3. Korang kena copy kod tu dulu, pastu masukkan dalam kotak yang bahagian atas okey !
4. Lepas tu, korang tekan button encode.
5. Then, korang akan dapat lah encode tu. Contohnya camni.
TADAAAA!
Da siap pun. So kod tu lah akan korang letak dalam post nanti !
Selamat mencuba !





































