
One True Love
Ari ni sudah habis tengok cerita ONE TRUE LOVE.
Movie dari the Philippines.
Lakonan DingDong Dantes dengan kekasih hati, Marian Rivera plus Si Ayu Jelita, Iza Calzado.
Layan jugak walaupun tak ada subtitle.

Meyh, kasi story-mory sikit.
Cerita pasal Migs seorang doktor yang kahwin dengan seorang jururawat iaitu Joy yang dilakonkan oleh Marian.
Migs tuh of course lah DingDong kan.
Beberapa hari sebelum perkahwinan Migs dengan Joy, first love Migs, Bella lakonan Iza Calzado kembali untuk merebut cinta Migs kembali tapi apa nak buat Migs anggap Bella macam kawan saja ye.
So, dia pun kahwin jelah dengan Joy.
Migs accident dan hilang ingatan.
Dia lupa yang Joy tuh isteri dia dan dia tak kenal langsung siapa Joy tapi dia masih ingat lagi semua-semua pasal hidup dia kecuali Joy.
So, dia anggap Bella masih lagi kekasih dia.
Bermulalah konflik disitu.
Huwey, tak boleh tahan sebab Migs accident sehari selepas perkahwinan dia dengan Joy.
Sedih je tengok Joy fight demi cinta dia dengan Migs.
Dia hampir putus asa tapi ada sesuatu yang menyebabkan dia fight balik untuk cinta dia dengan Migs.
Migs nih sengal.Boleh pulak dia tinggalkan Joy lepas tuh duduk dengan Bella.
Orang amnesia kan, nak marah pun bukan salah dia pun. Dia tak ingat je.
Bella nih agak ego jugak tapi nasib baik dia sedar last-last yang cinta Migs hanya untuk Joy walaupun Migs tak ingat apa-apa dah pasal Joy.
Mind dia tak ingat Joy tapi hati dia tetap ingat Joy.
So, the ending is...dah boleh agak dah kan...
Haruslah happy ending tak lain dan tak bukan.
*Lepas nih nak tengok You're My
Everything pulak.












