
Kerap minum air mineral/air masak putih untuk mengimbangi suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.*nasib baik aku ni jenis suka air masak.

Kerap mandi atau membasahkan badan.*nak kata kerap tak jugak, takkan nak mandi time opis hour kot.muehehe.

Makan
makanan yang boleh menyejukkan badan seperti buah naga. Elakkan makanan
manis. Bagi perokok, kurangkan merokok *lebih baik berhenti terus.*Banyak buah lain yang boleh menyejukkan, janganlah korang pergi cari buah naga sampai ke kebun tu. Haha

Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat.*lebih elok pakai baju kelawar, BERANGIN. hehe

Kurangkan aktiviti luar dan berada di bawah panas matahari untuk tempoh masa yang lama. *Sekarang pukul 9 pagi dah macam tengah hari. Lebih baik buat aktiviti dalam rumah seperti tido ke,
MACAM AKU. haha

Ketika berada di tempat terbuka, pakai topi atau payung. *pakai tudung pun boleh

Menggunakan krim pelindungi suria pada bahagian kulit yang terdedah.*suggest yang ade spf okay.

Elakkan senaman fizikal yang mengeluarkan peluh yang berlebihan.*Tak buat aktiviti pun peluh, untung rumah yang ada aircond! Hah

Jimatkan penggunaan air.
terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletesebab tu la saya lebih suka duduk dalam rumah..heheh